Quantcast
Channel: Pengedar Shaklee Ampang » Resepi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Resepi Congo Bars Mudah Dan Sedap

$
0
0

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini. Apa khabar? Diharap sihat senantiasa. (Macam tulis surat kiriman tak rasmi pula. Ehehe.) Ok ok, nak kongsi pasal resepi congo bars yang mudah dan sedap je. Jom check it out!

resepi congo bars

Ihsan Google

Actually saya pun keliru dengan tekstur congo bars ni. Orang kata macam kek dan brownies tapi bukan. Lebih padat dari kek dan lebih kenyal dari brownies. Gitu. Jadinya dari awal pertama kali buat sehinggalah ke hari ini, tak pernah saya tukar resepi lain sebab saya merasakan resepi yang saya rujuk ni dah awesome sangat dah. Kalau nak cuba resepi lain, google sahaja : resepi congo bars. Ok?

Allright, ini dia resepi kegemaranku dan menjadi buah mulut tetamu yang datang bertandang sambil memakannya yang freshly from oven. Wah, gitu!

Bahan-bahan:
2 3/4 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 1/4 cawan gula perang
2/3 cawan mentega
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan cip coklat

Cara-caranya:

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam.
  2. Satukan mentega dan gula. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan telur satu demi satu. Kemudian masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan coklat cip.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing.
  6. Kemudian, tutup bahagian atas adunan dan bakar lagi selama 10 minit.
  7. Siap!

 

resepi congo bars

Serius senang! Sikit je bahan dia. InshaAllah dalam masa sejam boleh siap semua. Semalam baru sahaja saya buat. Dan dan tetamu datang, dan dan tulah sukat, gaul dan bakar. Dalam sejam duk tunggu, alhamdulillah dah boleh hidang. Cuma panaslah sebab baru keluar dari oven kan. Hehe.

resepi congo bars

Ampun. Gambar tak semenggah. Huhu

Ok lah seperti biasa, ini antara beberapa cara yang telah diubah oleh saya mengikut kesesuaian. Terpulang nak ikut atau tidak. Kita buat, kita sendirilah adjust ikut suka kan. Hehe.

  • Saya gunakan tepung gandum.
  • Saya selalunya kurangkan sukatan gula kerana agak manis untuk orang berumur. Selalunya hanya 2 cawan atau kurang sikit.
  • Telur saya belasah sahaja ikut saiz apa pun. Masih guna 3 biji. Ehehe.
  • Saya hanya gunakan 1 1/4 cawan cip coklat memandangkan dah boleh nampak kemeriahannya. Nak lebih boleh, lagi sedap. Nak kurang pun ikut suka.

Itu sahaja yang saya ubah untuk resepi kali ini. Sehingga kita bertemu lagi di entri akan datang, chow! Chewah!

The post Resepi Congo Bars Mudah Dan Sedap appeared first on Pengedar Shaklee Ampang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Latest Images

Trending Articles


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Pantun Apa Guna Berjanji....


BIODATA DR SAY SHAZRIL


6 Tempat Sarapan Sedap Di Puncak Alam


Pantun Senyap...Sunyi Dan Sepi.......


Kancil Science Competition 2020


SET 41-60 (SOALAN SINTAKSIS) PISAHKAN/CERAKINKAN AYAT DAN...


Bintang Porno Malaysia dan Cerita Lucah


Wajah sebenar ibu dan ayah Nora Danish kini didedahkan


"Orthodontic ( Braces ) Treatment" II